Ketidaktentuan persekitaran Persekitaran organisasi

  • Tidak semua persekitaran sama
  • Sesetengan organisasi berhadapan dengan persekitaran yang agak statik, manakala yang lain berhadapan dengan persekitaran yang sangat dinamik
  • Ketidaktentuan adalah ancaman kepada keberkesanan organisasi
  • Pengurusan akan cuba meminimumkan ketidaktentuan

Kajian Burn dan Stalker

  • Struktur mekanistik
    • Bercirikan kompleksiti, formalisasi dan pusatan yang tinggi
    • Melakukan tugas rutin, sangat bergantung kepada tingkah laku yang diprogramkan, dan memberi gerak balas yang agak lambat kepada perkara yang tidak biasa
  • Struktur organik
    • Secara relatifnya boleh disesuaikan kepada persekitaran dan fleksibel, dengan tumpuan kepada komunikasi mendatar di sebalik menegak, pengaruh berasaskan kepakaran dan pengetahuan di sebalik kedudukan autoriti, tanggungjawab didefinisikan agak longgar di sebalik definisi kerja, dan penekanan ke atas perubahan maklumat di sebalik memberi arahan
  • Mereka mempercayai bahawa struktur yang efektif ialah struktur yang dapat disesuaikan dengan keperluan persekitaran, yang membawa maksud menggunakan reka bentuk mekanistik dalam persekitaran yang stabil dan boleh ditentukan, dan menggunakan bentuk organik dalam persekitaran yang bergelora atau dinamik